Kepada semua pensyarah yang bercadang untuk menjalankan aktiviti melibatkan ujian dan kuiz secara online menerusi elearning. Di mohon supaya memaklumkan menerusi email kepada OLC(olc@utm.my, ctl@utm.my) dan cc kepada UTMDigital (aduit@utm.my) tiga hari sebelum tarikh ujian dijalankan (mohon juga isi google form: https://forms.gle/utJfhYt2Ysjn1j9H9). Ini bertujuan untuk menyediakan staf bagi membantu masalah teknikal pada masa ujian dijalankan.
Untuk makluman semua pensyarah, waktu pemantauan terkini hanya berdasarkan waktu bekerja Ahad-Rabu (800 pagi hingga 5 petang) dan Khamis (800 pagi hingga 330 petang) dan pemantauan tidak dilaksanakan di luar waktu pejabat.
Maksimum bilangan pelajar yang boleh ditampung serentak dalam sistem eLearning UTM adalah 250 orang sahaja. Jika melebihi 250 orang berkemungkinan sistem tidak dapat dijalankan dengan baik.
Makluman hendaklah mengandungi maklumat berikut :
Tarikh ujian :
Bilangan pelajar yang terlibat :
Kod kursus dan seksyen:
Fakulti/Sekolah:
No telefon untuk dihubungi:
Kerjasama yang diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.